“Macam Drama Thai” Dipenj@ra Kerana Nak Kedudukan Sama Dengan Permaisuri, Gvndik Dibebskan Untuk Bersama Raja Thai di Jerman

Suatu ketika dulu, bekas gundik Raja Thailand, Sineenat Wongvajirapakdi pernah menjadi perbualan hangat netizen ramai setelah dilucutkan kesemua gelaran dan anugerah yang dikurniakan kepadanya selepas didakwa ‘bercita-cita tinggi’ untuk menyamai kedudukan Permaisuri Thailand.

Sumber: Insider

Namun tidak disangka-sangka, baru-baru ini, Raja Thailand, Maha Vajiralongkorn dilaporkan telah memberi pengampunan kepada bekas peneman dirajanya dan menerbangkan wanita tersebut ke Jerman untuk menyertai barisan gundik diraja di sana. 

Menurut Astro AWANI, sejak penularan wabak COVID 19, Raja Thailand telah menghabiskan masanya di hotel bertaraf 4 bintang di Jerman dengan pasukan tentera dan ditemani dengan barisan gundik raja tersebut.

Sumber: Zip

Maha Vajiralongkorn yang juga dikenali sebagai Raja Rama X itu juga katanya akan ke Lapangan Terbang Munich bagi menjemput bekas gundiknya itu.

Terdahulu, Sineenat pernah dianugerahkan gelaran peneman diraja yang juga dikenali sebagai Koi Wongvajirapakdi dan dikurniakan pada Hari Keputeraan Raja tersebut yang ke-67 pada Julai tahun lepas.

Sumber: BBC

Ia merupakan gelaran pertama yang dianugerahkan kepada peneman diraja sejak kerabat diraja Thailand itu memimpin negara dan mengahwini isteri keempatnya, Permaisuri Suthida pada 2019.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Page @Mstarkini

Sumber:lobak merah

PERHATIAN: Pihak Mstarkini tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Mstarkini juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

Be the first to comment on "“Macam Drama Thai” Dipenj@ra Kerana Nak Kedudukan Sama Dengan Permaisuri, Gvndik Dibebskan Untuk Bersama Raja Thai di Jerman"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*