VIDEO Rupanya Dah Kahwin Dan Guna Isl@m Raih View Tinggi, Daud Kim Mohon Maaf di Youtube

Selepas did4kwa melakukan ser4ngan s3ksual terhadap seorang wanita baru-baru ini, YouTuber Korea Selatan, Daud Kim telah membuat satu lagi pengakuan yang mengejutkan ramai pihak.

Dalam video terbarunya, Daud Kim telah membuat pengakuan bahawa semua dakwaan tersebut adalah benar dan ia sama sekali tidak menafikannya lagi.

Selain daripada itu, Daud turut membuat pengakuan berani dengan megatakan bahawa dia tidak mengamalkan ajaran Islam sebaiknya selepas bergelar Muslim kerana masih lagi meminum ar4k, berhibur di kelab malam dan berfoya-foya dengan wanita.

Paling mengejutkan adalah dia mengakui bahawa menggunakan Islam untuk meraih keuntungan di saluran YouTubenya sedangkan dia tidak hidup seperti seorang Muslim.

Disamping itu, Daud Kim juga memberitahu sudah berkahwin 3 tahun lepas dan mempunyai seorang anak lelaki. Walau bagaimanapun, perkahwinan mereka tidak bahagia dan anaknya kini dijaga oleh wanita tersebut.

Namun begitu, di akhir video yang dimuat naik YouTuber Korea Selatan itu, dia sedar segala kesilapannya dan sedang belajar untuk menjadi lebih baik.

Dengan wajah yang sugul, Daud Kim mengakui insaf dan ingin bertaubat di atas segala kesilapan yang telah dilakukannya sejak bergelar mualaf.

Melihat daripada Instagramnya pula, Daud Kim telah memadam semua gambarnya di media sosial tersebut dan hanya meninggalkan satu posting iaitu ketika bulan Ramadan tempoh hari.

Terdahulu, video Daud Kim did4kwa melakukan serang s3ksual kepada seorang wanita telah tular di media sosial sehingga menjadi perdebatan warganet.

Youtuber itu telah membuat satu posting di YouTubenya dengan menerangkan kejadian tersebut dan memaklumkan kes itu terjadi ketika dia belum bergelar Muslim lagi.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Page @Mstarkini

Sumber:mediakl @Teh Tarik Kaw

PERHATIAN: Pihak Mstarkini tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Mstarkini juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

Be the first to comment on "VIDEO Rupanya Dah Kahwin Dan Guna Isl@m Raih View Tinggi, Daud Kim Mohon Maaf di Youtube"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*