Baru Je Lepas Cer@i, Ini Yang Keith Foo Terpksa Lakvkan Bvat Dia Ralat

SELEPAS dua tahun menyepikan diri dalam dunia lakonan, kini pelakon yang pernah popular menerusi drama Ariana Rose di TV3, Keith Foo, 37, kembali menyusun semula strategi untuk mewarnai industri seni tanah air.

Keith yang memegang watak sebagai Tengku Adam dalam drama berkenaan berkata, dia melihat tahun ini adalah masa yang tepat untuk kembali aktif memandangkan anaknya, Skylar Raymond Foo kini sudah berusia tiga tahun.


“Sedar tak sedar lebih dua tahun tidak bergiat aktif dalam dunia lakonan kerana mahu melihat anak membesar depan mata. Saya tidak mahu terlepas setiap saat-saat manis membesarkan si kecil permata hati itu.

“Biarpun terpaksa melupakan kerjaya lakonan buat sementara waktu, saya tidak pernah berasa ralat kerana perlu mendahulukan tanggungjawab sebagai bapa.

“Justeru tahun ini saya nekad untuk kembali aktif. Sebenarnya, saya sudah memulakannya sejak awal tahun lagi, tapi apabila Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksana akibat Covid-19, semuanya tergendala.

“Kini, apabila penggambaran boleh dijalankan semula, saya kembali berlakon dan rasa ia adalah masa yang terbaik untuk terus aktif bekerja,” katanya.


Meskipun jadual kerjayanya selepas ini akan sibuk, Keith berkata dia akan cuba membahagikan masa antara kerjaya dan keluarga sebaik mungkin.

“Saya rasakan semuanya baik-baik saja sekarang. Anak pula tinggal dengan bekas isteri, dan jika tiada penggambaran memang masa dihabiskan masa dengan anak.

“Semuanya seimbang dan saya gembira dengan apa yang dilakukan kini. Setiap hari, saya pasti akan bertemu dengan anak dan jika ada waktu terluang, dia (anak) tidur di rumah saya,” katanya.

Siapa sangka, hubungan rumah tangga Keith dengan model Kim Raymond tidak bertahan lama apabila mereka nekad untuk berpisah pada Disember tahun lalu selepas berkahwin pada November 2015.

Menurut Keith, walaupun mereka tidak lagi tinggal bersama namun dia masih mengekalkan hubungan baik dengan Kim.

Bagi Keith, tiada sebab untuk dia dan bekas isterinya bergaduh kerana mereka berpisah secara baik. Malah, demi kebahagiaan anak juga.

“Kami berpisah secara baik dan hubungan hingga kini masih utuh. Cuma, kalau dahulu status kami sebagai suami isteri dan sekarang hanya sahabat baik.

Kami juga sudah berjanji, apa yang terjadi pun, anak menjadi keutamaan. Kami harus berfikir mengenai keadaan anak yang lebih utama,” katanya.

Menurut Keith yang pernah membina kerjaya lakonannya di Indonesia, dia mahu penjagaan anak dibuat bersama-sama bekas isteri walaupun sudah berpisah.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Page @Mstarkini

Sumber:HM

PERHATIAN: Pihak Mstarkini tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Mstarkini juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

Be the first to comment on "Baru Je Lepas Cer@i, Ini Yang Keith Foo Terpksa Lakvkan Bvat Dia Ralat"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*