“Berkorban Juga Kewangan Saya…” Anak Farah Lee 2 Kali Masuk Tahun 1

Personaliti media sosial, Farah Lee akui terpaksa berkorban wang ringgitnya apabila anaknya, Maream Esabel, 6, dimasukkan ke sekolah rendah di Malaysia bagi Tahun 1 untuk kali kedua.

Menurut Farah, sebelum ini Maream Menjalani pengajian Tahun 1 di sekolah rendah di UK.

“Minggu depan Maream akan mula masuk sekolah rendah di Malaysia.

“Ini kali kedua sebab masa di UK dia dah masuk tahun 1 masa dia umur 5 tahun.

“Berkorban juga kewangan Omma (Farah) untuk menyediakan pengalaman pembelajaran yang terbaik untuk dia.

“Sekolah baru dia tiada silibus tetap jadi dia perlu memllilih apa yang dia perlukan untuk belajar secara semula jadi.

“Harapnya dia dapat eventually discover potensi dan minatnya, kemudian menjadi pakar dalam bidang tersebut,” katanya.

Farah yang merupakan bekas isteri kepada pengacara Ally Iskandar itu berkongsi perkara tersebut di akaun Instagram miliknya.

Farah berharap anaknya dapat belajar dan mencari hala tuju hidup mengikut minatnya.

“Habis belajar di sekolah masih blur tentang minatnya apa. Lalu jadilah macam Omma ambil engineering masa degree, balik buat business fashion then sambung masters in education now cita-cita nak jadi suri rumah haha.

“Tapi Alhamdulilah banyak yang Omma belajar dari perjalanan hidup ni. Tapi bila kita ada peluang dan pengetahuan untuk berubah, kite perlu lakukannya dan berubahlah kan?

“Berdoa yang terbaik untuk sistem pembelajaran di negara kita,” katanya lagi.

Pada 2012 Farah Lee atau nama sebenarnya Nurfarahim Romli berkahwin dengan personaliti TV, Ally Iskandar Mohd Mardzi.

Namun perkahwinan tersebut tidak dapat bertahan dan mereka bercerai pada tahun 2016. Melalui perkahwinan tersebut mereka dikurniakan seorang cahaya mata, Maream Esabel.

 

View this post on Instagram

 

. Next month Maream akan start masuk primary school in Malaysia inshaAllah (second time sebab kat UK dia dah masuk year 1 when she was 5 😅). . Berkorban juga omma finacially to provide the best learning experience for her. Her new school won’t have syllabus so she got to decide what she keens to learn naturally. Hope she will eventually discover her potential and passion, then be the expert in that area. Enough with learn everything at school yet habis sekolah masih blur tentang minatnya apa. Lalu jadilah macam omma ambik engineering masa degree, balik buat business fashion then sambung masters in education now cita2 nak jadi suri rumah #eh 🤣 . But alhamdulillah ala kulli hal. Banyak yang omma belajar from my journeys. But when we have the chance and knowledge to change, we should make and be the change, kan.? Pray for a better education system in our country 🖤 #FLparenting . 📍 Leeds, United Kingdom : 080119 🇬🇧 . [TB4years5months] #mareamesabel #BELLEinUK #FLworldschooling #MAREAMtravels

A post shared by F. L. (@farahlee_) on

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Page @Mstarkini

Sumber:Gempak

PERHATIAN: Pihak Mstarkini tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Mstarkini juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

Be the first to comment on "“Berkorban Juga Kewangan Saya…” Anak Farah Lee 2 Kali Masuk Tahun 1"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*