“Saya Mengaku Itu Anak Saya” Nora Ariffin Bvka Mvlut Isv Ank Gadls Bercvmbu, Mohon Berikan Ruang

Penyanyi Nora Ariffin mengakui gadis yang tular videonya bercumbu dengan seorang remaja lelaki pada Khamis merupakan anak perempuannya.

Terkilan dengan kejadian tersebut kata Nora dia telah melakukan yang terbaik untuk mendidik darah dagingnya ke jalan yang betul.

“Allahuakbar.
Dengan penuh rasa terkilan. I admit, it is her…………………

“Sebagai seorang ibu kami telah cuba sedaya upaya untuk mengajar, membimbing dan mendidik, serta memberikan apa yang terbaik dan termampu dalam kapasiti yang terbatas.

“Namun, sebagai seorang manusia kita tidak boleh lari daripada membuat kesilapan.

“Dia masih muda dan ada banyak ruang untuk belajar daripada kehidupan. Sebagai ibu saya juga banyak kelemahan,” katanya menerusi sebuah entri di Instagram.

Tambah Nora, dia berharap anak perempuannya itu akan belajar daripada kesilapan dan menjadi individu lebih baik pada masa akan datang.

“Saya berdoa semua dia belajar daripada kesilapannya dan menjadi individu lebih baik insya-Allah.

“Kepada semua, berikan kami ruang dan ketenangan pada masa ini. Sama-sama doakan yang terbaik untuk dia dan diri masing-masing,” tambahnya.

Terdahulu tular sepotong video mirip anak gadis Nora yang kelihatan bercumbu dengan seorang remaja lelaki yang tular di media sosial.

Turut menjelaskan situasi sebenar, kata Putri Nor Dahlia, dalam video terbabit dia telah dipaksa dan cuba mengelak daripada dicium.

“Saya dipaksa, dalam video itu pun boleh nampak saya ke belakang, saya cuba mengelak.

“Selepas benda itu berlaku saya macam duduk diam sebab saya malu dan tak tahu nak buat apa.

“Saya tak sanggup nak tumbuk dia ke apa, tapi saya marah dia selepas video itu, kitorang dah break,” jelasnya menerusi akaun Twitter @itzputridahlia.

Nora sebelum itu telah berkongsi khabar pilu setelah ibu mertuanya, Nora Abdullah telah menghembuskan nafas terakhir pada pagi Rabu.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Page @Mstarkini

Sumber:Gempak

PERHATIAN: Pihak Mstarkini tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Mstarkini juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

Be the first to comment on "“Saya Mengaku Itu Anak Saya” Nora Ariffin Bvka Mvlut Isv Ank Gadls Bercvmbu, Mohon Berikan Ruang"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*