“Dekat Seminggu Anak-Anak Tak Jumpa Papa” Simple Tapi Manis, Almy Nadia Bvat Kejvtan Pada Suami

Pelakon Datin Almy Nadia memberikan kejutan buat suaminya, aktor Datuk Fizz Fairuz.

Almy berkongsi kisahnya menerusi posting terbaharu di akaun Instagram miliknya hari ini.

Lebih manis lagi, Almy hadir ke lokasi penggambaran Fizz bersama anak-anaknya sambil membawa makanan.

Menurut Almy, sudah hampir seminggu anak-anaknya tidak bertemu dan mula merindui bapa kesayangan mereka.

“Alhamdulillah, kami buat kejutan dekat en suami semalam. Kami pergi dekat set en suami dekat Sg Besar Kuala Selangor.

“Dekat seminggu anak-anak tak jumpa papa bawalah lepas rindu, kebetulan en suami pun pesan suruh bawa lauk untuk bekalan dia kat sana untuk dia makan (sebab en suami sejenis sanggup tahan lapar, sebab perut dia jenis tak boleh makan benda merapu-rapu).

“Anak-anak gembira dapat jumpa papa termasuk la mama dia (sat ni hampa kata kami tak rindu pulek).

“Niat kami bawa anak-anak jumpa papa dia lepas rindu, lepas tu niat belanja makan dekat set en. Suami,” tulisnya

 

View this post on Instagram

 

Alhamdulillah,kami buat suprise kat en suami semlm khamis,kami g set en suami dekat sg besar kuala selangor.. dekat seminggu anak2 x jumpa papa,bawa la lps rindu,kebetulan en suami pun pesan suruh bawa lauk utk bekalan dia kat sana utk dia mkn(sbb en suami sejenis sanggup tahan lapar,sbb perut dia jenis x leh mkn benda yg merapu2),lps tu beli mknan utk sedekah kat set en suami skali,jadi kami beli la nasi dagang,nasi kerabu,laksam..lps tu dpt sponser air durian belanda dgn jerux mangga.. anak2 happy dpt jumpa papa,termasuk la mama dia(sat ni hampa kata kami x rindu pulek)happy tgk org mknan dgn apa yg kami sedekah,sekurang kurangnya ada jugak yg MENGHARGAI apa yg KITA BELI/SEDEKAH.. niat kami bawa anak2 jumpa papa dia lps rindu,lps tu niat belanja mkn kat set en. Suami..tu jer pada rata2 dok dm kami tanya apa nama tempat tu,kami x tau apa nama resort dia,yg kami tau resort ni hujung kg,jauhhhhhh ke dlm,, klu hampa nak tau nama dia?cer cer hampa google tgk.. ok done for today tau.. 😘😘😘 @fizzfairuzofficial kami tak tdo la sg besar kat tempat en suami ni sbb jadual anak school lagi,malas nal kacau en suami keja

A post shared by FizzAlmy (@almynadiaofficial) on

Di ruangan komen, rata-rata pengikutnya memuji tindakan Almy dan mendoakan kebahagiannya keluarganya.

“Alhamdulillah… Bagusnya Almy… Moga diberi keberkatan kebahagiaan keluarga Almy di dunia hingga akhirat,” doa @radinnormalawati

“Suka tengok cara @almynadiaofficial bagus jaga perut suami. Anak-anak terjaga! Sibuk macam mana pun teurus ja,” puji @__ratnadiabu__

Terdahulu, Fizz dan Almy mendirikan rumah tangga pada tahun 2014.

Hasil perkahwinan itu, pasangan ini dikurniakan tiga orang cahaya mata perempuan, Nur Afrina Arianna, 5, Nurr Afrina Aurora, 4, Nur Afrina Ayra, 2 dan seorang anak angkat, Nur Afrina Darwisyah, 11.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Page @Mstarkini

Sumber:Gempak

PERHATIAN: Pihak Mstarkini tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Mstarkini juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

Be the first to comment on "“Dekat Seminggu Anak-Anak Tak Jumpa Papa” Simple Tapi Manis, Almy Nadia Bvat Kejvtan Pada Suami"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*