“Kalau Gadvh Jangan Dok Post Kat IG Ayat Deep Perl1…” Suami Ummi Nazeera Kongsi 4 Kriteria Pilih Pasangan

Suami kepada pelakon Ummi Nazeera, Dr. Mohd. Izzar Anwari berkongsi empat kriteria untuk memilih pasangan.

Izzar berkongsi perkara bermanfaat itu menerusi posting terbaharu akaun Instagramnya.

Menerusi posting itu juga Izzar menyarankan suami isteri yang mengalami masalah rumahtangga atau salah faham tidak perlu membuat coretan berbentuk sinis atau menyindir pasangan masing-masing di media sosial.

“Rasa-rasanya sejak sekolah lagi kot kita dah diajar mengenai perkara ni. Jadi ia bukan rahsia. Nak pilih pasangan kenalah betul-betul. Bukan pilih pasangan tu je semata-mata tetapi pilih keluarga dia juga.

“Kalau gaduh tu janganlah dok post-post kat IG ayat-ayat deep perli isteri atau suami. Jangan membanding-bandingkan pasangan dengan orang lain. Isteri always right. Happy wife, happy life,

“Ini sebenarnya empat kriteria yang Rasulallah SAW pesan kat kita. Hanya sebagai peringatan semua,” coretnya.

Berikut merupakan empat kriteria memilih pasangan yang dikongsi Izzar.

1.AGAMA

“Aspek terpenting untuk menjanjikan kebahagiaan di dunia dan di akhirat. Pilihlah pasangan yang mengamalkan ajaran agama Islam,”

2.KECANTIKAN / KETAMPANAN

“Beauty lies on the eyes of the beholder. Ukur kain di badan sendiri sama. Korang sendiri rasa okay, ons jelah. Tak payah dok banding dengan orang-orang kat IG, tambah filter je muka diorang tu,”

3. KETURUNAN


“Keluarga berperanan besar untuk mempengaruhi ilmu, akhlak, dan keimanan seseorang. Kalau ada masalah dengan isteri nanti, mesti dia block no phone atau unfollow IG etc.

“Jadi, si suami kenalah berhubung dengan keluarga mertua dia lah kan. So, berbaiklah dengan keluarga mertua sama.

“Keluarga mertua mesti akan support kita kalau kita betul-betul. Yelah, kan kita pun akan menyambung nasab keturunan depa juga (melalui anak-anak kita),”

4.HARTA

“Pilihlah pasangan yang setara harta dan darjat atau status sosial. Ini pun boleh jadi isu. Ada yang rasa superior atau ada yang rasa inferior kang. Banyak salah faham terjadi sebab isu ni,”

 

View this post on Instagram

 

4 KRITERIA MEMILIH PASANGAN 👨‍👩‍👧 Rasa-rasanya sejak sekolah lagi kot kita dah diajar mengenai perkara ni. So ia bukan rahsia la. Nak pilih pasangan kenalah betul2. Bukan pilih pasangan tu je semata2, tetapi pilih keluarga dia juga. Ade 4 kriteria nak pilih pasangan ni 1) AGAMA – Aspek terpenting untuk menjanjikan kebahagiaan di dunia dan di akhirat. Pilihlah pasangan yang mengamalkan ajaran agama Islam. 🧕 2) KECANTIKAN / KETAMPANAN – Beauty lies on the eyes of the beholder. Ukur kain di badan sendiri sama. Korang sendiri rasa ok, ons jelah. Takyah dok compare dengan orang2 kat IG, tambah filter je muka diorang tu. 3) KETURUNAN – Keluarga berperanan besar untuk mempengaruhi ilmu, akhlak, dan keimanan seseorang. Kalau ada problem dengan wife nanti, mesti dia block no phone atau unfollow IG etc. So, si suami kenalah berhubung dengan keluarga mertua dia la kan. So, berbaiklah dengan keluarga mertua sama. Family mertua mesti akan support kita kalau kita betul2. Yela, kan kita pun akan menyambung nasab keturunan depa juga (melalui anak2 kita). 4) HARTA – Pilihlah pasangan yang setara harta dan darjat/status sosial. Ini pun boleh jadi isu. Ada yang rasa superior atau ada yang rasa inferior kang. Banyak salah faham terjadi sebab isu ni. Ni sebenarnya 4 kriteria yang Rasulallah SAW pesan kat kita. Just sebagai peringatan semua. Kalau gaduh tu janganla dok post2 kat IG ayat2 deep perli isteri/suami. Jangan compare2 pasangan dengan orang lain. Isteri always right. Happy wife, happy life. Kalau suami nak keluar main basketball, kasi jela tanpa had. Tu jela kot. 😅 #drizzarshares

A post shared by Dr. Izzar Anwari (@izzar) on

Terdahulu, Izzar telah mendirikan rumah tangga dengan Ummi Nazeera pada 23 Julai 2017.

Hasil perkahwinan itu, pasangan ini kemudiannya dikurniakan seorang cahaya mata Ayra Aneesa.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Page @Mstarkini

Sumber:Gempak

PERHATIAN: Pihak Mstarkini tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Mstarkini juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

Be the first to comment on "“Kalau Gadvh Jangan Dok Post Kat IG Ayat Deep Perl1…” Suami Ummi Nazeera Kongsi 4 Kriteria Pilih Pasangan"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*