Pelakon Terkenal Zulkifli Zain Meningg4l Dvnia, Punca Kemtian Didedhkan

PELAKON veteran Datuk Zulkifli Zain meningg4l dunia pada usia 76 tahun di kediamannya akibat komplikasi pelbagai penyak1it kira-kira pukul 7.30 malam, Sabtu.

Berita sedih itu disahkan anaknya yang juga pelakon, pengarah teater dan pensyarah, Dr Norzizi Zulkifli.

Menurut Norzizi, jenazah bapanya akan disemadikan di Tanah Perkubvran Islam Ukay Perdana, Ampang, pada Ahad sebelum solat zohor.

“Ya… bapa saya menghembvskan nafas terakhir kira-kira pukul 7.30 malam tadi. Dia meningg4l dunia di rumah akibat komplikasi banyak penyaki1t.

Arwah meninggalkan seorang isteri iaitu Normala.

“InsyaAllah, esok (Ahad) sekitar pukul 9 pagi jen4zah akan dibawa ke masjid untuk dimandikan dan akan disemadikan di Tanah Perkubvran Islam Ukay Perdana sebelum solat zohor,” kata Norzizi kepada mStar.

Sekitar Mac lalu, pelakon filem Permintaan Terakhir dan Tiada Esok Bagimu itu berada dalam keadaan krit1kal apabila disahkan mengalami pendar4han dalam otak.

Zulkifli dikejarkan ke Hospital UiTM Sungai Buloh akibat jangk1itan kum4n dalam dar4h dan masalah buah p1inggang pada 7 Mac lalu.

Pada 15 Mac lalu, kesihatan bekas Presiden Persatuan Kebajikan Artis Veteran Malaysia (PKAVM) itu dilaporkan merosot hingga kurang memberikan respon dan ada ketika, berada dalam keadaan tidak sedarkan diri.

Allahyarham Zulkifli bersama keluarganya.

Untuk rekod, Zulkifli yang juga suami kepada pelakon Datin Normala Omar itu pernah diser4ng angin ahmar pada 2016.

Bertemu jodoh dengan Normala yang juga pelakon drama Opah sekitar 1975, pasangan bahagia itu dikurniakan lima cahaya mata.

Selain Norzizi, Allahyarham juga mempunyai empat orang anak lagi iaitu Norzaza, 38, Norzazila, 36, Norzazleen, 33, dan Mohd Noor Zabaiq, 29.

Pada sekitar era 1970an dan 1980an, Zulkifli pernah membintangi filem Jiwa Remaja, Potret Maria, Penentuan dan banyak lagi.

Berasal dari Alor Setar, Kedah dan di atas sumbangan pada karier seni yang diceburi, Zulkifli dianugerahkan gelaran Datuk oleh kerajaan negeri Kedah.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Page @Mstarkini

Sumber:Mstar

PERHATIAN: Pihak Mstarkini tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Mstarkini juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

Be the first to comment on "Pelakon Terkenal Zulkifli Zain Meningg4l Dvnia, Punca Kemtian Didedhkan"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*