Zizan Razak Terpaksa Bergegas Pulang Ke Kampung, Sesuatu Telah Terjadi Pada Ahli Keluarga Nya

PELAKON dan pelawak terkenal Zizan Razak memberitahu neneknya kini dalam keadaan tidak stabil dan mengharapkan doa orang ramai.

Zizan atau nama sebenarnya Mohammad Razizan Abdul Razak, 36, berkata dia dan keluarga bergegas pulang ke Terengganu sebaik sahaja mengetahui berita itu.

“Assalammulaikum buat semua. Dengan rasa rendah diri Zizan ingin memohon semua supaya sama-sama mendoakan kesihatan nenek Zizan kembali sihat seperti sedia kala.

Zizan berkongsi perkara itu di laman sosialnya.

“Kerana Zizan baru sahaja dapat berita keadaan nenek Zizan tidak berapa stabil. Dan sekarang Zizan terpaksa bergegas pulang ke Terengganu.

“Doa juga perjalanan Zizan dan keluarga selamat pergi dan pulang. Bismillah. Amin Ya Rabbal Alamin,” kata Zizan.

Pelakon filem Abang Long Fadil itu berkongsi berita tersebut menerusi laman Instagram miliknya pada Sabtu.

Bagaimanapun Zizan tidak memberi maklumat lebih lanjut mengenai penyakit yang dialami neneknya.

Dalam pada itu, ruang komen di perkongsian tersebut dipenuhi dengan doa daripada netizen dan rakan selebriti antaranya Anuar Zain, Datuk Aznil Nawawi, Ummi Nazeera, Shiha Zikir, Johan dan Nabil Ahmad.

“Walaikumsalam Zizan. Semoga Allah SWT kurniakan kesembuhan buat nenek Zizan… safe journey to Terengganu bro,” tulis Anuar Zain.

Zizan pulang ke kampung sebaik saja habis penggambaran.

“Semoga Allah permudahkan segalanya dan memberi kesembuhan pada nenek,” komen Johan.

Pelakon Ramona Zamzam turut meluahkan rasa simpati kepada Zizan yang terpaksa bergegas pulang ke kampung dalam keadaan keletihan selepas tamat penggambaran pada malam, Jumaat.

“Kesiannya ya Allah dah la kita habis shoot lambar gila semalam. Lepas itu you terus gerak Terengganu. Semoga nenek you cepat sembuh Zan! Be safe and see you on second episode,” katanya.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Page @Mstarkini

Sumber:Mstar

PERHATIAN: Pihak Mstarkini tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Mstarkini juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

Be the first to comment on "Zizan Razak Terpaksa Bergegas Pulang Ke Kampung, Sesuatu Telah Terjadi Pada Ahli Keluarga Nya"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*