“Best! Dah 10 Kali Tengok!” Ramai Suka Ulang Tonton Filem Jebat Berkali-Kali..Memang Layan!

Filem Jebat yang mula ditayangkan sejak tiga hari lalu terus mendapat sambutan menggalakkan dalam kalangan penonton.

Rata-rata yang sudah menonton karya gandingan Sharnaaz Ahmad dan Nelydia Senrose itu mengakui terhibur dengan jalan cerita yang diarahkan oleh Jamal Khan itu.

Bahkan, ramai yang menyifatkan ia sebuah naskhah yang cukup berbaloi ditonton.

Maka, sebab itu jugalah mereka yang sudah menontonnya, mengambil peluang untuk menyaksikan filem berkenaan berkali-kali dalam tempoh 48 jam selepas pembelian.

“Dah 10 kali tengok!,” tulis salah seorang pengikut Sharnaaz.

“Dah tengok..best sangat-sangat. satu hari berkali-kali tengok. Memang sesuai gandingan dengan Nelydia,” komen seorang penonton lain.

“Gilalah, memang best. Lawak, aksi dan paling best romantik. Sharnaaz dan Nelydia memang serasi. Nak lagi please gandingan mereka berdua. Dah enam kali ulang tengok,” luah Aina Qaisarah.


“Best! Dah lima kali tengok. Hari ini nak tengok lagi,” komen Esya Rahim.

Jebat mengisahkan seorang bekas ketua gangster (lakonan Sharnaaz) yang telah bertaubat dan cuba hidup sebagai orang biasa dengan bekerja sebagai penternak ikan dan berkahwin.

Bagaimanapun, seterunya dalam kumpulan gangster masih mengganggu hidup baharunya.


Apapun, jika anda nak ambil ‘mood’ Jebat, anda boleh layan drama Bukan Kerana Aku Tak Cinta di Gempak.

Jadi, tunggu apa lagi, jom tonton filem Jebat di Astro First saluran 480 hari ini!

Dengan pembelian hanya RM15, penonton berpeluang menonton berulang kali filem Jebat dalam tempoh 48 jam.

Bagi mendapatkan info terkini mengenai Jebat, sila layari Instagram, Facebook dan Twitter Astro Shaw.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Page @Mstarkini

Sumber:Gempak

PERHATIAN: Pihak Mstarkini tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Mstarkini juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

Be the first to comment on "“Best! Dah 10 Kali Tengok!” Ramai Suka Ulang Tonton Filem Jebat Berkali-Kali..Memang Layan!"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*