“Come On…Instagram Is Fake!” Ditanya Tentang Sunting Gambar, Ini Jawapan Alya Iman

Pelakon baru Alya Iman berpendapat menyunting gambar untuk dikongsi di Instagram adalah bukan satu perkara janggal.

Menurut Alya, perkara itu sudah menjadi kebiasaan untuk rata-rata pengguna laman sosial tersebut.

“Bercakap mengenai sunting gambar di Instagram, come on guys, Instagram is fake! Itulah yang sejujurnya.

“Sudah tentu kita mahu kelihatan baik dengan posisi yang sesuai, saya rasa hampir semua orang akan sunting gambar, gunakan ‘filter’ terlebih dahulu sebelum dikongsi, itu sudah jadi perkara biasa,” katanya baru-baru ini.

Tambah Alya, posisi badan dalam gambar lebih senang digayakan untuk kelihatan seperti yang dimahukan berbanding video.

“Lagipun, kalau kita ambil gambar, agak senang untuk kita cari ‘angle’ kerana ia tidak bergerak seperti video.

“Kalau video pula, agak susah untuk kita cuba cari ‘angle’ kurus seperti dalam sekeping gambar,” selorohnya.

Terdahulu, terdapat segelintir netizen mengatakan Alya menyunting fotonya di Instagram sehingga ada yang mengatakan dia sebenarnya kelihatan sedikit berbeza dari imej yang dipaparkan di laman sosial berkenaan.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Page @Mstarkini

Sumber:Gempak

PERHATIAN: Pihak Mstarkini tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Mstarkini juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

Be the first to comment on "“Come On…Instagram Is Fake!” Ditanya Tentang Sunting Gambar, Ini Jawapan Alya Iman"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*