Keluar T@k Pakai Mask, 50 Individu Didnda Baca Doa Di Kvbur Jenzah COVID-19

Gara-gara melanggar prosedur operasi standard (SOP) dalam tempoh penularan COVID-19, 50 individu berdepan pengalaman yang mungkin tidak akan dilupakan dalam hidup mereka.

Memetik laporan CNN Indonesia, 50 penduduk di sebuah perkampungan di Sidoarjo, Jawa Timur dihukum melakukan tahlil dan berdoa di tanah perkuburan yang menempatkan jenazah korban COVID-19.

Hukuman itu dibuat kerana kesemua mereka didapati tidak memakai topeng pelitup muka ketika berada di tempat awam.

Selain mengenakan denda, pihak berkuasa turut merampas kad pengenalan mereka untuk disita selama 14 hari.

Difahamkan, operasi pemantauan seringkali dilakukan di lokasi-lokasi yang menjadi tumpuan penduduk Sidoarjo bagi memastikan kempen kesedaran mengenai pematuhan SOP terus berjalan.

Selain di Sidoarjo, denda seumpama itu turut dilaksanakan di beberapa daerah antaranya di Bogor, Jawa Barat namun dengan pendekatan berbeza.

Di Bogor misalnya, mana-mana individu yang didapati ingkar perintah dan tidak mematuhi SOP akan dihukum duduk di dalam ambulans yang berisi keranda.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Page @Mstarkini

Sumber:lobak merah

PERHATIAN: Pihak Mstarkini tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Mstarkini juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

Be the first to comment on "Keluar T@k Pakai Mask, 50 Individu Didnda Baca Doa Di Kvbur Jenzah COVID-19"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*