Sebut ‘Anjay’ Sebanyak 100,000 Kali Selama 10 Jam, Lelaki Ini Raih Setengah Juta Tontonan

Menjadi seorang Youtuber bukanlah mudah, seseorang itu perlu memerah otak untuk memikirkan idea video yang berkualiti untuk meraih banyak jumlah tontonan.

Jika sebelum ini tular sebuah video dari negara seberang apabila seorang Youtuber hanya duduk diam sepanjang dua jam video dirakam, kini muncul pula video baru yang lebih kurang sama.

Beberapa hari lalu, sebuah channel Youtube bernama YUPS! ada memuat naik sebuah video berdurasi 10 jam lebih yang bertajuk “Bilang Anjay 100.000 Kali”.

Seperti tajuk video, lelaki Indonesia ini hanya duduk diam dan menyebut perkataan ‘Anjay‘ sebanyak 100,000 kali. Lebih lucu, lelaki tersebut dilihat beberapa kali terlelap dan hampir tertidur ketika video tersebut dirakam. Namun dia tetap gagah menyebut ‘Anjay‘ demi penonton sehingga ke akhir video.

Jika anda fikir tiada pengguna Youtube yang akan tonton video ini, anda silap! Ketika artikel ini ditulis, video tersebut sudah pun berjaya meraih sebanyak 578, 046 jumlah tontonan!

Anda boleh tonton video tersebut di sini:

Jelas lelaki itu, video tersebut dibuat selepas dia dicabar oleh seorang Youtuber lain yang mahu dirinya menyebut ‘Anjay’ selama 30 minit. Pantang dicabar, dia akhirnya merakam video tersebut selama 10 jam.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Page @Mstarkini

Sumber:lobak merah

PERHATIAN: Pihak Mstarkini tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Mstarkini juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

Be the first to comment on "Sebut ‘Anjay’ Sebanyak 100,000 Kali Selama 10 Jam, Lelaki Ini Raih Setengah Juta Tontonan"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*