“Akhirnya Dapat Berjumpa. Tuan Syed Dan Cik Sharifah” Sharifah Amani Jumpa Syed Saddiq

Bertahun juga pelakon terkenal Sharifah Amani menunggu peluang untuk bertemu empat mata dengan bekas Menteri Belia Dan Sukan, YB Syed Saddiq. Hanya baru-baru ini pertemuan tersebut dapat dilaksanakan dan dikongsi Amani dan Syed Saddiq di Instagram masing-masing.

Pertemuan tersebut lebih kepada perbincangan dan perkongsian idea untuk anak-anak muda pada masa hadapan. Malah, dalam satu temu bual bersama Amani tidak berapa lama dahulu, dia sering membangkitkan isu-isu mengenai masa depan para pelakon, pekerja-pekerja di belakang tabir daripada penyedia makanan hinggalah kepada pengarah drama atau filem.

Paling penting untuk Amani adalah supaya industri seni di Malaysia mempunyai kesatuannya sendiri bagi menjaga kebajikan pekerja-pekerja seni seperti yang diwujudkan di Korea Selatan mahupun di Amerika Syarikat.

Pertemuannya bersama dengan YB Syed Saddiq juga merupakan perbualan dan perbincangan yang mahukan anak-anak muda memperjuangkan banyak perkara demi masa depan Malaysia yang tercinta.


“Akhirnya dapat berjumpa. Tuan Syed dan Cik Sharifah. I always feel uplifted after speaking to young people. Focused, driven, informed, educated, exposed and inspiring. We will be okay if they are our future. Terima kasih orang #MUDA Teruskan perjuangan mu. We are with you! Semoga dipermudahkan segalanya,” tulis Sharifah Amani di Instagram miliknya tanda puas hati.

Pada masa yang sama, Syed Saddiq juga memuji dan turut dapat merasakan semangat Amani yang inginkan sesuatu yang lebih baik buat rakyat Malaysia secara khasnya dan negara Malaysia secara amnya.

“So much passion & energy for the betterment of all Malaysians. I enjoyed listening to Sharifah Amani’s advise & thoughts on moving Malaysia forward.

“Malaysia milik kita semua. Yang MUDA & yang berusia. Yang Melayu, yang cina, yang india, yang iban, yang Kadazan (dll), Yang Muslim, yang Kristian, yang Hindu, yang Buddha (dll). Ini Malaysia, tanah tercinta kita semua. Orang MUDA, let’s unite for a better Malaysia,” tulis Syed Saddiq di Instagram miliknya.

Ramai artis-artis tempatan yang ternyata gembira dengan pertemuan antara Sharifah Amani dan YB Syed Saddiq itu dan masing-masing meninggalkan komen mereka di ruangan komen Instagram Sharifah Amani.

Sharifah Amani yang lahir dari keluarga seni Syed Zainal Rashid Al Yahya dan Fatimah Abu Bakar turut mempunyai adik beradik yang berada di dalam bidang seni seperti Sharifah Aleya, Sharifah Alesya dan Sharifah Aryana.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Page @Mstarkini

Sumber:Gempak

PERHATIAN: Pihak Mstarkini tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Mstarkini juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

Be the first to comment on "“Akhirnya Dapat Berjumpa. Tuan Syed Dan Cik Sharifah” Sharifah Amani Jumpa Syed Saddiq"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*