“Dah Anak Kerumun Mamanya Bila” Peminat Sakat Almy Teng0k Anak-Anak Melekat Dengan Fizz Macam Semut

Pelakon Datin Almy Nadia berkongsi ragam anak-anaknya apabila suami, Datuk Fizz Fairuz pulang ke rumah secara mengejut.

Menerusi video pendek di akaun Instagramnya kelihatan anak-anak mereka tidak melepaskan peluang untuk bermanjan bersama Fizz.

Menurut Almy, suami kesayangannya itu pulang secara mengejut selama satu hari untuk melepaskan rindu pada keluarga.

“Balik mengejut, balik untuk satu hari je esok balik Sg Besar balik. Jadi anak-anak kerumun lah. Macam semut dapat gula hampa tau @fizzfairuzofficial,” tulis Almy.


Bagaimanapun pengikut Instagram tidak melepaskan peluang mengusik Almy dan suaminya selain suka melihat keharmonian keluarga pasangan selebriti berkenaan.

“Uish… Kalau kita ni tak tahu lah nak jelous ke tak ni… Hahahah,” komen @wiwinruslan

“Mama datin @almynadiaofficial nangis kat bucu katil… Moga keluarga ini kekal bahagia hingga ke Jannah,” doa @pjutamoi

“Dah anak je kerumung mamanya bila adeh,” usik @lawagojes_bylinda

Terdahulu, Fizz dan Almy mendirikan rumah tangga pada tahun 2014.

Hasil perkahwinan itu, pasangan ini dikurniakan tiga orang cahaya mata perempuan, Nur Afrina Arianna, 5, Nurr Afrina Aurora, 4, Nur Afrina Ayra, 2 dan seorang anak angkat, Nur Afrina Darwisyah, 11.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Page @Mstarkini

Sumber:Gempak

PERHATIAN: Pihak Mstarkini tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Mstarkini juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

Be the first to comment on "“Dah Anak Kerumun Mamanya Bila” Peminat Sakat Almy Teng0k Anak-Anak Melekat Dengan Fizz Macam Semut"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*