‘Handa 0rang Ghombau Haa’ Video Tvlar Budak 9 Tahun ‘Drive’ Proton Saga Cetus Keblmbangan Masyarakat

Jika majoriti kanak-kanak lelaki mempunyai impian untuk memiliki sebuah kereta mainan untuk bermain bersama rakan-rakan, lain pula hal yang terjadi di Rembau sebuah daerah dari Negeri Sembilan ini.

Tular pagi tadi apabila sebuah video seorang budak lelaki yang dipercayai berusia 9 tahun ‘drive’ sebuah kereta Proton Saga milik bapanya. Tanpa pengawasan orang dewasa, budak lelaki itu dengan beraninya memandu kereta tersebut seakan bersiar-siar di kawasan itu.

Menerusi video berdurasi 53 saat itu, kanak-kanak berkenaan turut memberitahu bapanya yang mengajarnya memandu kereta apabila ditanya oleh seorang lelaki yang dipercayai perakam video tersebut.

Rata-rata netizen meluahkan rasa kecewa terhadap bapa kanak-kanak lelaki itu yang memberikan kebenaran untuk memandu kereta tersebut. Bukan itu sahaja, perkara ini turut boleh mengundang bahaya kepada budak lelaki itu dan juga orang awam.

Sumber: Facebook

Sumber: Facebook

Sumber: Facebook

Pun begitu, menurut Ketua Polis Daerah Rembau, DSP Anuar Bakri Abdul Salam, pihaknya sudah berjaya mengesan kedua-dua ibu bapa murid berkenaan dan kesemua mereka kini sedang diambil keterangan lapor Kosmo.

Tambahnya lagi, pihak polis akan jalankan siasatan lanjut berdasarkan maklumat video yang tular itu dan tindakan selanjutnya akan diambil.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Page @Mstarkini

Sumber:Lobak Merah

PERHATIAN: Pihak Mstarkini tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Mstarkini juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

Be the first to comment on "‘Handa 0rang Ghombau Haa’ Video Tvlar Budak 9 Tahun ‘Drive’ Proton Saga Cetus Keblmbangan Masyarakat"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*