Mira Filzah Dan Suami Dedah Lokasi Bulan Madu

Minggu lalu berita hiburan tertumpu kepada perkahwinan Mira Filzah dan jejaka pilihan hatinya, Wan Emir Astar. Malah, satu demi satu didedahkan oleh pasangan itu dari saat perkenalan mereka sehinggalah ke jinjang pelamin.

Meskipun sudah majlis pernikahan dan dua majlis resepsi kedua-dua belah pengantin, namun sehingga kini kisah perkahwinan mereka masih menjadi bualan ramai netizen.

Malah, ramai yang tertanya-tanya lokasi manakah menjadi pilihan pasangan itu berbulan madu. Difahamkan, Mira dan Emir merancang untuk berbulan madu dan bercuti di Langkawi.

Terdahulu, pasangan ini sepatutnya diijabkabulkan pada Oktober depan namun terpaksa mempercepatkan pernikahan berikutan kakak sulung yang menetap di New York, Amerika Syarikat (AS), pulang ke sini untuk majlis resepsi adik bongsu mereka.

Berkongsikan pertemuan pertamanya dengan jejaka itu pada Oktober tahun lalu sekali gus menyangkal dakwaan sebelum ini yang mengatakan Emir adalah teman sekolahnya.

Mira berkata  dia tidak menyangka, hatinya terpaut kepada jejaka berkelulusan dari United Kingdom (UK) dan bertugas sebagai arkitek sejak pertemuan pertama.

 

View this post on Instagram

 

Forevermore 🤍 Solemnization Ceremony of Mira & Emir Husband : @wanemirastar Dais : @rekateemor #emiramirah

A post shared by MIRA FILZAH (@mfmirafilzah) on

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Page @Mstarkini

Sumber: rotikaya

PERHATIAN: Pihak Mstarkini tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Mstarkini juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

Be the first to comment on "Mira Filzah Dan Suami Dedah Lokasi Bulan Madu"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*