“Saya Nampak Wan Emir Genggam…” Naim Daniel

PENYANYI Naim Daniel meluahkan rasa sebak ketika membawakan lagu Seribu Tahun nyanyian asal Imran Ajmain pada majlis resepsi kedua pasangan mempelai aktres Mira Filzah dan Wan Emir Astar yang berlangsung pada Ahad.

Ujar Naim, 23, perasaan itu semakin ketara ketika melihat tindakan Emir menggenggam erat tangan Mira pada majlis yang diadakan di A Park, Puchong, Selangor.

“Tiba-tiba teremosi pula perform Seribu Tahun hari ini, tambahan pula masa lirik jangan putus harapan sedia setia.

“Masa tu saya nampak Wan Emir genggam tangan Mira Filzah kuat-kuat,” tulisnya di Instagram.

Naim berkongsi perasaannya di Instagram pada Ahad.

Selain itu penyanyi lagu Sembah ini turut mendoakan yang terbaik untuk pasangan berkenaan dan berharap jodoh yang berkekalan untuk mereka.

Naim turut mengucapkan penghargaannya kepada Mira dan Emir yang sudi menjemputnya untuk membuat persembahan di hari bahagia mereka.

“Hari yang sangat indah untuk mereka berdua dan saya doakan yang terbaik dan hanya yang terbaik untuk pasangan ini.

“Terima kasih kerana meletakkan kepercayaan kepada saya untuk membuat persembahan di hari bahagia awak berdua,” ujarnya.

Foto Mira Filzah dan Wan Emir Astar di majlis resepsi kedua mereka yang diadakan di Puchong, Selangor.

Mira Filzah dan suaminya Wan Emir Astar mendirikan rumah tangga pada 3 September lalu di Pusat Konvensyen Sime Darby, Kuala Lumpur.

Pengantin perempuan menerima seutas gelang emas sebagai mas kahwin berserta sembilan dulang hantaran berbalas 11 dulang, manakala wang hantaran dirahsiakan.

Majlis resepsi pertama di pihak perempuan berlangsung pada Jumaat malam di Hotel Le Meridien, Putrajaya

Emir merupakan anak kepada Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Tugas-Tugas Khas), Datin Mastura Mohd Yazid yang juga Ahli Parlimen Kuala Kangsar.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Page @Mstarkini

Sumber:Mstar

PERHATIAN: Pihak Mstarkini tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Mstarkini juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

Be the first to comment on "“Saya Nampak Wan Emir Genggam…” Naim Daniel"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*