Siap Kata Dokter Bod*h, Ramona Zamzam Dikec4m Lagi Didkwa Lvpa Diri Gara2 Ank T@k Pandai Cakap Melayu

Pelakon Ramona Zamzam menafikan dakwaan segelintir netizen yang berandaian dia sudah lupa dengan asal usul sebagai orang berbangsa Melayu.

Sebelum ini, Ramona mengakui anak sulungnya, Ivanna Alashkar tidak diajar untuk berkomunikasi dalam Bahasa Melayu dalam kehidupan seharian.


Jelas Ramona, 30, tindakannya itu hanya buat sementara waktu iaitu sehingga Ivanna petah bercakap.

“Nak cakap saya dah lupa asal usul tu memang tak la. Dekat set penggambaran saya elok ja cakap dalam Bahasa Melayu dengan krew.

“Itu hanya tanggapan orang sahaja nak cakap saya dah lupa diri. Bila fikirkan pasal ini sangat menyak1itkan hati dengan posisi saya sekarang.

“Semua orang ada cara tersendiri untuk membesarkan anak mereka. Secara jujurnya, saya pun tak tahu apa cara terbaik tetapi saya dah cuba lakukan.

“Doktor tak halang langsung untuk kami bertutur dalam Bahasa Melayu cuma buat masa sekarang bagi anak saya biasa bercakap dulu,” katanya kepada Gempak.


Dalam pada itu, pemilik nama Ros Ramona Qadira Mohd Zamzam kesal dengan sikap netizen yang tidak menghormati akan keputusan doktor.

“Saya ni manusia biasa, kadang-kadang tak boleh nak abaikan komen negatif.

“Ada yang menggunakan panggilan bod0h dekat doktor. Bagi saya itu sangat biad4b. Siapa awak untuk berkata seperti itu hanya kerana pandangan dia bertentangan dengan pemikiran awak.

“Dia adalah seorang doktor yang mempunyai kepakaran bukannya seorang ahli sukan ke,” katanya lagi.

Ramona mendirikan rumah tangga dengan Rami Alashkar pada 1 Mei 2015.

 

View this post on Instagram

 

@nur_risteena ckp i mcm boyfriend dia sbb tu dia tgk i mcm tu 🤪 #LelakiItuUntukku2

A post shared by Ramona Zamzam Alashkar (@ramonazamzam) on


Hasil perkongsian hidup, pasangan itu kemudian dikurniakan cahaya mata pertama, Ivanna Alashkar pada 7 Disember 2017.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Page @Mstarkini

Sumber:Gempak

PERHATIAN: Pihak Mstarkini tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Mstarkini juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

Be the first to comment on "Siap Kata Dokter Bod*h, Ramona Zamzam Dikec4m Lagi Didkwa Lvpa Diri Gara2 Ank T@k Pandai Cakap Melayu"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*